masuk hutan

 

“MAJLIS MENJULANG ILMU KALI KE-23”

(14  NOV 2010 : 8.00 PAGI)

Majlis menjulang ilmu kali ke-23 telah diadakan yang telah dirasmikan oleh wakil daripada Pejabat Daerah Kemaman,Encik Abdul Rahim Mohammad.Turut diserikan lagi dengan kehadiran Encik Ir Zainal B Ahmad, YDP PIBG.Ketibaan wakil daripada PPD tersebut disambut oleh Guru Besar SKFC, Penolong Kanan 1,Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KOKO serta paluan kompang daripada kumpulan kompang sekolah yang di latih oleh Cikgu Halim.

Ketibaan Dif terhormat

Pasukan Kompang Sekolah SKFC

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad b.Jusoh dan seterusnya disusuli dengan ucapan daripada dif-dif vip.Dalam ucapan, wakil PPD mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan tidak lupa juga kepada mereka yang kurang cemerlang.Bagi yang kurang bernasib baik, mereka dinasihati supaya tidak kecewa kerana perjalanan hidup mereka masih panjang dan kegagalan sekarang jadikan sebagai satu semangat untuk terus berusaha lagi.Beliau juga menegaskan kejayaan para pelajar adalah tanggungjawab bersama yang melibatkan ibubapa, pihak sekolah dan pelajar itu sendiri.Selain itu,Encik Abdul Rahim juga memperingatkan tanggungjawab pelajar untuk terus belajar dan tidak lupa akan jasa-jasa ibu bapa dan para guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

 

“MAJLIS MAKAN MALAM DAN HARI KELUARGA 2010 DI DE RHU BEACH RESORT,KUANTAN, PAHANG”

(11 & 12 NOV 2010)

Acara Baling Bola dalam Gelung

Acara Lambung Dadu

Acara Mengkukur  Kelapa

Acara Sukaneka

Annual Dinner


“MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPSR 2010”

(11 NOV 2010 : 11.30 pagi)

Bertempat di dewan SKFC, satu majlis penyampaian keputusan UPSR 2010 telah dilangsungkan yang turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Felda Cherul.Majlis dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Guru Besar SKFC, Tuan Haji Zainal Abidin Hassan.Ibu bapa dan para pelajar menanti dengan penuh debaran keputusan UPSR. Sebelum majlis diteruskan,ibu bapa dan para pelajar dijamu dengan hidangan KFC terlebih dahulu bagi mengurangkan debaran.

Saat Menikmati Hidangan KFC

Saat Menerima Slip UPSR


Wajah-wajah kegembiraan ibu bapa di atas kejayaan anak-anak

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang 5A dan juga pelajar yang kurang bernasib baik.Diharap semua pelajar dapat meneruskan lagi cemerlangan di masa akan datang.Tidak lupa juga jutaan terima kasih yang tidak terhinggan kepada para guru yang tidak pernah mengeluh dan jemu memberi tunjuk ajar kepada pelajar.Seterusnya ibu bapa yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak.